Home

  General  l  Politics  l  Business  l  Floods  l  Talk Shows  l  Lifestyle & Youth  l  In Focus  l  MIDA  l  VOD: Up Close  l  Back to BERNAMA.com
  Thursday, July 03, 2025          
     
   
     
 
 
 
 


 
 
 more >>
 
 
 
     

 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SHAH ALAM, Sept 21 (Bernama) -- Serba Dinamik Holdings Bhd's success over the past 25 years can be attributed to its strategy of focusing on core competency and teamwork, said its co-founder, Abdul Kadier Sahib, when met at the company's 25th Silver Jubilee Anniversary at Shah Alam Convention Centre (SACC) yesterday. He said that since establishing itself in Bintulu, Sarawak back in 1993, the global integrated engineering services provider has been focusing on its core competency, which is maintenance repair and overhaul of rotating equipment. “We concentrate on the core competency. Any other jobs that have a connection with our core business, we participate in, but areas that are very new to us, and have nothing to do with our core business, we just turn down. “Other than that, having a very good team, is key. Our directors are hands-on people and manage to drive the workers to work as a team to come in and finish the job assembly. “I’m extremely happy. Never dreamed that Serba Dinamik would achieve this level today,” he told Bernama. Abdul said that as a multinational company, Serba Dinamik has established itself in almost all continents, noting that it was still new in some markets like the United States and Australia. "Some markets may not be very wide, but at least we have delivered or serviced. Till now, we have been getting repeated jobs from our satisfied clients because of our performance. "We can call ourselves a multinational company, but if people still don’t recognise you, then you have to build up until you are equally strong, especially in the United States and Australia. Today, we can tell the world we are now everywhere,” he said. -- BERNAMA
 

Perunding Takaful mampu jana pendapatan lumayan KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Graduan dan golongan profesional di negara ini disaran berani menceburi bidang kerjaya sebagai perunding takaful kerana ia merupakan sebuah kerjaya yang boleh menjamin masa depan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Pengurus Agensi Usrah Associates, sebuah unit Takaful Ikhlas Bhd, Samian Senin berkata seorang perunding takaful mampu menjana pendapatan enam sehingga tujuh angka setahun. Beliau berkata industri takaful hari ini menawarkan prospek kerjaya yang cerah dan peluang membina perniagaan yang konsisten kepada mereka yang menceburinya. “Kerjaya sebagai perunding takaful mampu memberikan kepuasan serta kebebasan kewangan tanpa batasan. “Industri takaful ini ibarat ‘lombong emas moden’. Ia memerlukan modal yang sedikit, risiko yang rendah tetapi mampu memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru baru ini. Samian adalah antara ejen-ejen cemerlang Takaful IKHLAS yang menerima pengiktirafan pada Majlis Malam Anugerah Ejen 2018 Takaful Ikhlas Bhd yang diadakan bulan lepas. Bercerita tentang rahsia kejayaan sebagai perunding takaful, Samian yang telah bersama Takaful IKHLAS selama 15 tahun berkata beliau sentiasa fokus dan memberikan komitmen yang tinggi dalam membina kerjayanya. “Kita perlu mempunyai matlamat yang jelas iaitu dengan menetapkan apa matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang,” katanya. Usrah Associates (a unit of Takaful Ikhlas Bhd) agency manager, Samian Senin. Mengulas tentang cabaran sebagai perunding takaful, menurut Samian cabaran sebenar bukan tentang menangani penolakan atau mencari pelanggan tetapi mengaktifkan perunding takaful yang telah dilatih. Katanya, sebagai pengurus beliau menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada setiap perunding takaful di bawah agensinya. “Setiap seorang (perunding) perlu berjumpa sekurang-kurang tiga orang prospek setiap hari," katanya yang pernah menerima ‘Anugerah Mega Agensi’ (AMA) lebih daripada lima kali termasuk tahun ini. AMA merupakan anugerah tertinggi yang diberikan oleh Takaful IKHLAS kepada ketua agensi yang berjaya mengumpul jumlah caruman berkumpulan tahun pertama terkumpul melebihi RM 3 juta setahun. Selain itu, Samian juga pernah memenangi pelbagai anugerah lain sepanjang bersama Takaful Ikhlas antaranya Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga), Anugerah Penghasilan Unit Langsung Teratas, Anugerah Million Ringgit Agency (MRA), Anugerah Builders Club dan Anugerah Million Dollar Round Table (MDRT). Seorang lagi ejen cemerlang, Saiful Akbal Tajul Mulok berkata kerjaya sebagai perunding takaful membolehkan impiannya untuk memiliki rumah dan kereta idaman tercapai. Ganjaran melancong ke luar negara kepada perunding takaful yang berjaya mencapai sasaran jualan tahunan turut membantu memenuhi impian pada yang suka melancong. “Industri takaful akan terus meningkat dan tugas seorang perunding takaful adalah untuk memberikan penerangan kepada orang ramai tentang kepentingan memiliki polisi takaful. “Dengan pendapatan sebagai perunding takaful saya mampu menyediakan simpanan untuk masa depan anak-anak. Malahan saya boleh memilih untuk bersara jika saya mahu,” katanya yang memenangi percutian ke Eropah sebagai pemenang kategori Mega Individu. -- BERNAMA
 

 

 

 

 
 
 

Home  I  General  I  Politics  I  Business  I  Sports  I  Features  I  World  I  Archived News 

 
 
  © 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution
  Pertubuhan Berita Nasional Malaysia,
Wisma BERNAMA,No 28, Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 603-2693 9933 ( General Line )
E-mel : helpdesk@bernama.com