Home

  General  l  Politics  l  Business  l  Floods  l  Talk Shows  l  Lifestyle & Youth  l  In Focus  l  MIDA  l  VOD: Up Close  l  Back to BERNAMA.com
  Friday, May 03, 2024          
     
 more >>
 
Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd menerusi jenama Mamee Chef Servis Makanan menawarkan 10 produk mudah segera bertujuan membantu pengguna mengekalkan konsistensi rasa dan keaslian aroma dalam masakan. Antara produk yang ditawarkan termasuk Mamee Chef Rempah Ratus Serbaguna, Mamee Chef Serbuk Perasa Serbaguna, Mamee Chef Limau Serbaguna dan Mamee Chef Cili Rempah Ratus. Produk berkenaan juga membantu pengguna dalam penyediaan makanan dengan lebih ringkas dan cepat. Untuk maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/mameechefservismakanan/
 
BNC
 
BNC
 
BNC
 
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Karnival Usahawan peringkat negeri Kelantan anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang dijadualkan dari 7 sehingga 9 Mac ini di Tanah Merah, Kelantan, menerima sambutan luar biasa apabila kira-kira 190 usahawan sudah mengesahkan penyertaan. Pengerusi TEKUN Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata jumlah itu melebihi sasaran awal penyertaan 100 usahawan. ā€œKarnival ini melibatkan penyertaan 190 usahawan Tekun dalam pelbagai sektor industri, menjadi platform terbaik bagi usahawan bumiputera untuk meneroka peluang pasaran selain mendapatkan informasi perniagaan dan pembiayaan,ā€ katanya kepada Bernama. Beliau berkata karnival usahawan itu merupakan inisiatif TEKUN bagi mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat. Sebanyak 48 agensi kerajaan akan turut serta dalam karnival yang akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 dan 2, Tanah Merah, Kelantan yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah seminar usahawan, forum agama, ā€˜business matchingā€™ dan ā€˜business talkā€™ selain persembahan artis serta penampilan istimewa karekter kartun kanak-kanak, Omar dan Hana. Sehingga Feb lepas, TEKUN memberikan pinjaman kepada 423,981 usahawan, mencatatkan jumlah RM5.324 billion. -- BERNAMA Link: https://bit.ly/2VtrwqK
 
Home  I  General  I  Politics  I  Business  I  Sports  I  Features  I  World  I  Archived News 

  © 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution
  Pertubuhan Berita Nasional Malaysia,
Wisma BERNAMA,No 28, Jalan BERNAMA,
Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 603-2693 9933 ( General Line )
E-mel : helpdesk@bernama.com