KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malaysia berpeluang membalas dendam tumpas 0-2 di tangan Vietnam pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, apabila bertemu skuad ‘The Golden Dragons’ itu pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Skuad Vietnam kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-Seo itu mara ke pentas final selepas mencatat kemenangan dengan agregat 4-2 ke atas Filipina. Vietnam berjaya menewaskan pasukan Filipina yang dibimbing bekas jurulatih England, Sven-Goran Eriksson 2-1 di laman sendiri dalam aksi separuh akhir kedua malam ini. http://www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=1672873