KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Serba Dinamik Holdings Bhd memperuntukkan kira-kira RM30 juta untuk meningkatkan dan melaksanakan projek teknologi maklumat (IT) sedia adanya tahun depan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata projek-projek itu terletak di beberapa negara dan akan dilaksanakan secara kerjasama dengan eNoah iSolution India Pvt Ltd (eNoah). Bagi tujuan ini, anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian untuk membeli 30 peratus pegangan dalam eNoah dengan harga US$3.6 juta (US$1=RM4.15) secara tunai. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1672491