Para pengunjung ke Queensbay Mall Bayan Lepas akan terpegun dengan perhiasan untuk menyambut Hari Natal yang bakal disambut pada 25 Disember ini. Bertemakan 'Enchanted Realm' yang menyentuh khayalan di mana kisa-kisah dongeng menjadi hidup di depan mata anda. Bagi meraikan kegembiraan Krismas, pusat membeli-belah telah mengubah ruang atrium pusat itu menjadi hutan yang menakjubkan. Dihiasi dengan pelbagai jenis bunga gergasi berwarna-warni, kasut gergasi Santa Claus, pokok cendawan gergasi dan sebagainya. Sebuah rumah kayu juga dibina seolah-olah berada dalam hutan.