KUANTAN, 8 Nov (Bernama) -- Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila diacukan parang oleh dua lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa yang berusia 21 tahun mendakwa kejadian pada 1.20 pagi itu berlaku sebaik sahaja dia memasuki kereta selepas selesai mengisi minyak. Kejadian menyebabkan mangsa yang bekerja di Gebeng di sini, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Balok selepas berjumpa rakan di Indera Mahkota, kerugian RM2,500. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1662684