KUALA PERLIS, 8 Nov (Bernama) -- Empat rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi di sini malam ini. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, Muhamad Firdaus Yusop berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian di perkampungan nelayan itu. Beliau berkata pihaknya menerima panggilan lebih kurang 9.45 malam tadi dan api dapat dikawal kira-kira sejam selepas itu. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1663001