JAKARTA, 11 Okt (Bernama) — "Terima Kasih Emak, ayah , doakan Dik Wan" reaksi terharu Atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan  Mohamad Puzi setelah menamatkan acara lompat jauh T36 pada temasya Sukan Para Asia 2018, di ibu negara hari ini. Dengan membahasakan dirinya "Dik Wan", Mohamad Ridzuan sebak dimaklumkan ibu bapanya yang sedang mengerjakan umrah, turut mendoakan kejayaannya. Dik Wan meraih emas ketiganya dalam acara lompat jauh T36 dengan turut melakarkan rekod baharu Asia, dengan catatan 5.49m.