PUTATAN, 14 Sept (Bernama) – Kerajaan Negeri Sabah sentiasa mengenang dan menghargai perjuangan tokoh terdahulu dalam memastikan Sabah terus mengecapi kemerdekaan dengan bergabung bersama-sama Semenanjung dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kerajaan Negeri akan memastikan penganjuran sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu pada Ahad ini turut diisi dengan program menghayati pengorbanan tokoh terdahulu dan tidak terhad kepada penganjuran majlis besar-besaran di Padang Merdeka. “Tarkih 16 Sept bererti kepada kita. Kita perlu memastikan kita melahirkan rasa penghargaan dan memperingati jasa pejuang kita dahulu yang telah menyumbang bakti dalam pembentukan Malaysia dan memajukan Sabah. Berita Penuh : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1642423