PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson bagi membolehkan Presiden PKR itu kembali ke Parlimen. Pengumuman itu dibuat Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di sini, hari ini. Danyal berkata keputusan itu dibuat bagi membantu Anwar dalam usahanya kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan. "Saya yakin Anwar akan memenangi kerusi itu dengan mudah dan seterusnya menjadi Anggota Parlimen Port Dickson dan Insya-Allah, akhirnya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan. Berita penuh : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1641512