ISKANDAR PUTERI, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan Johor komited untuk terus melahirkan tenaga mahir dan pakar bagi memenuhi keperluan dalam industri berasaskan bioteknologi di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr S.Ramakrishnan berkata ini kerana kekurangan tenaga mahir berasaskan bioteknologi dilihat merencatkan perkembangan industri itu khususnya pelaburan di taman bioteknologi dan ekosistem, Bio-XCell Malaysia, seluas 64.7 hektar di Kawasan Perindustrian SiLC, di sini. "Kita (kerajaan negeri) mahu industri ini (bioteknologi) berkembang maju kerana ia amat berpotensi. "Berdasarkan lawatan saya hari ini, kita berbincang mengenai tenaga mahir di Bio-XCell ini, adakah ia mencukupi dan cabaran-cabaran dihadapi pelabur dalam menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Bio-XCell Malaysia, di sini hari ini. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1639354