KOTA KINABALU, 10 Ogos (Bernama) -- Penerbangan sulung Malindo Air menggunakan pesawat Boeing 737NG dari Singapura ke Kota Kinabalu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 3.25 petang tadi. Syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia itu mengambil masa dua jam 25 minit dan akan terbang setiap hari dari KKIA ke Singapura pada 9.15 pagi, manakala dari Singapura ke KKIA pada 12.40 tengah hari. Harga tambang yang ditawarkan Malindo Air bermula dengan RM249 untuk Kelas Ekonomi dan RM599 bagi Kelas Perniagaan. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1631109 https://youtu.be/L6uP3-iNk5g