GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menahan empat lelaki termasuk seorang penjawat awam serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM500,000 dalam beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang, pada Rabu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Seri A. Thaiveegan berkata hasil risikan dan intipan sejak dua minggu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan makmal memproses pelbagai jenis dadah di Jalan Batu Uban, Gelugor pada 2.45 petang. "Semasa serbuan itu terdapat dua lelaki berumur 40 dan 54 tahun sedang memproses dadah serta berdasarkan siasatan dua lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai kepakaran memasak dadah. http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1631022