PETALING JAYA, 9 Ogos (Bernama) – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR diarah memantau calon yang bertanding supaya tidak menyalah guna kuasa dalam usaha meraih kemenangan dalam pemilihan parti itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menang tanpa bertanding jawatan presiden parti, berkata ini termasuk mereka yang mempunyai jawatan tinggi seperti menteri, menteri besar dan exco kerajaan negeri agar mereka tidak menggunakan kedudukan untuk memujuk atau mengugut mana-mana anggota parti untuk meraih sokongan. Berita penuh : http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1630578